"Indahnya Dirimu saat Hidayah-Nya Mengetuk Pintu Hatimu,"
Sungguh aku kagum,,melihat betapa indahnya akhlak sahabat-sahabatku yg telah berhijrah,,
Mereka yg dulunya kukenali begitu sering menjauhkan diri dari perintah-Nya,
Kini mereka menjadi sebahagian daripada orang2 yg mendapat tempat di sisi-Nya,
Tudung yg dulu tidak menutup dada kini labuh sehingga menutup keseluruhan auratnya,
Baju yg dulunya ketat kini labuh-selabuhnya,
Dulu sering berkata perkara2 yg sia2, kini setiap yg mereka kata itu berhikmah,,
Aku sangat bersyukur,,,kerana sahabat-sahabat ini berjaya menemui Hidayah-Nya,,
Di kala diri mereka hampir hanyut sepenuhnya di dunia yg penuh dgn maksiat yg bermaharajalela
Aku bersyukur melihat perubahan mereka,
Semakin berseri2 wajah mereka yg dihiasi cahaya iman,
Semakin tebal rasa malu dlm dada mereka,
Semakin kuat keyakinan mereka kepada setiap hikmah-Nya,
Semakin kukuh jg pendirian mereka,
Semakin lurus jalan yg mereka pijaki,
Semakin dekat mereka kepada Pencipta yg Maha Esa, Allah swt...
Sungguh aku kagum, bersyukur, dan rasa hormat pada mereka semakin tinggi..
Dalam perjalanan hidup yg sesak dgn pelbagai dugaan & cabaran ini,
Mereka mampu menyanggahnya dan berjaya mencapai ketenangan yg telah sekian lama mereka lupai,
Aku benar2 terkesan melihat begitu besar perubahan mereka,
Sehingga ada yg telah berhijab sepenuhnya, hanya menampakkan mata dan tapak tangannya,
Begitu kukuh iman yg menapak dalam hati mereka,
Putihnya hati yg dulunya hitam,
Bersihnya hati yg dulunya kotor,
Mereka seperti bayi yg baru lahir,
Subhanallah! Engkau telah memiliki hati mereka ya Allah..dan mereka berjaya mencintai-Mu sepenuh hati mereka,,
Demi Allah,,
Aku cemburu,,,
Cemburu melihat begitu besarnya hidayah yg telah mereka perolehi..
Aku,,
Sebenarnya lebih rapuh...
Ya aku telah dibesarkan & diberikan didikan agama yg cukup,
Aku bersekolah agama sejak tadika..(Tadika JHEAINS-Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah)
Dari situ aku belajar menulis jawi..aku juga belajar menghafal surah2..aku juga belajar memakai tudung..walaupun usiaku masih terlalu kecil..
Aku jg sering bernasyid..& keputusan ujianku cemerlang..
Ustazah-ustazah yg mengajarku sgt bangga dgn pencapaianku..
Setelah memasuki sekolah rendah, pd sebelah petang aku jg bersekolah agama..
Aku tidak pernah meninggalkan tudungku..
Di sekolah biasa aku mengambil UPSR, manakala di sekolah agama aku mengambil SRU (Sijil Rendah Ugama)
Bila tamat persekolahan rendah, aku menyambung pelajaran di sekolah menengah agama..
Dgn berpandukan keputusan SRU ku yg cemerlang (pangkat 1, 81%), aku berjaya memasuki salah sebuah sekolah menengah agama yg terbaik..
Walaupun aku telah mendapat tawaran ke sekolah menengah biasa yg terbaik kerana keputusan UPSR ku jg cemerlang, tp dengan tenang aku menolak semuanya..
Di sekolah menengah itu aku lebih mempelajari pelajaran agama, tetapi akademik pula semakin merosot..
Setelah mendapati keputusan PMR ku tidak begitu memuaskan,
Aku dgn rela meninggalkan sekolah lamaku..
Cita-citaku untuk menjadi doktor (pd awalnya) menyebabkan aku berpindah ke sekolah lain..
Iaitu sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA)..
Aku mengambil sains stream walaupun aku tahu keputusanku tidak melayakkanku mengambilnya..
Kiranya aku berani mengambil risiko dgn mendorong diriku belajar ilmu sains..
Akan tetapi, setelah sebulan berada di sekolah baru, aku berpindah lagi...
Kerana ibuku mendapat tawaran utk mengajar di daerah yg lain...
Kali ini, di daerah yg baru itu tidak ada sekolah agama...
Aku dgn rasa terpaksa, rela memasuki sekolah menengah biasa...
Dengan bertudung labuh, kami (aku & kakakku) memasuki sekolah tersebut dgn rasa yg kekok..
Tak pernah melalui atmosfera seperti itu..yg mana lelaki bercampur dgn perempuan..
Gejala sosial di mana-mana sahaja..
Pelajar perempuan yg tidak menutup aurat, yg bertutur perkara2 tidak baik, kasar tingkah laku & sebagainya...
Aku rasa aku seperti berada di dunia lain..
Namun di situ aku sedar...
Mengekalkan segala didikan agama dlm diriku adalah bergantung dgn hatiku sendiri..
Samada aku kuat atau tidak dalam mempertahankan imanku..
Aku hampir terpengaruh...namun cepat2 aku sanggah semuanya..
Imanku tercabar...
Ku ceritakan semua ini adalah utk menjelaskan....bahawa insan sepertiku, yg telah dibesarkan dalam keluarga yg berpendidikan agama, yg telah dididik dgn ajaran agama yg sempurna, yg telah mendapat suntikan iman yg manis sejak dr usia yg kecil.....................sebenarnya adalah RAPUH..
Insan seperti diriku, setiap masa berusaha utk mengekalkan iman dalam dada..
Semakin jauh kami menapak, semakin banyak dugaan, semakin kuat pengaruh2..
Ku akui imanku sedikit sebanyak terkikis...
Ku sedari hakikat itu..
Hidayah Allah tidak semestinya utk insan sepertiku...
Yg dalam hati sentiasa ada gesaan utk melakukan perkara2 yg Allah mungkari..Astaghfirullah..
Syaitan lebih gemar memperdaya hati kami...kerana ia tahu hati kami semakin goyah saat usia menginjak remaja...dan dewasa...
Ya Allah, setiap masa aku berharap agar menemukan Hidayah-Mu...utk memperbaharui imanku..
Walaupun masih bertudung labuh...walaupun lebih memilih memakai baju yg labuh..
Namun sentiasa digoda hawa nafsu utk mengikut-ikut org lain...
Yang memakai jeans, memakai tudung pendek, & sebagainya..(jauhkanlah godaan ini ya Allah)
Walaupun tidak bersentuhan dgn lelaki, walaupun sentiasa berusaha menjaga pergaulan..
Sering hati ini digoda utk mencubanya..
Astaghfirullah.....Astaghfirullah....
Ya Allah, insan sepertiku bukanlah insan yg terlalu baik di mata manusia...
Hati kami rapuh ya Allah..
Tidak seperti mereka yg Engkau titipkan hidayah dalam hati mereka..
Hati mereka kuat..
Kerana itu aku cemburu ya Allah...
Aku ingin merasa kekuatan hati seperti itu...
Aku cemburu melihat segala perubahan mereka...
Taubat mereka menjadikan mereka insan yang 'baru'..
Sedangkan kami adalah insan yg lama...
Setiap detik ku mengharap agar dijadikan seperti mereka..seperti orang2 yg Engkau sayangi..
Ya Allah...
Kerana mereka pernah melakukan perkara2 yg Engkau murkai,
Dan akhirnya mendapat hidayah-Mu,
Menjadikan mereka orang2 yg benar2 mengelak dr melakukan perkara2 dosa itu..
Ya Allah...aku tidak ingin menjadi hamba kepada Nafsu walaupun aku adalah Hawa..
Aku tidak ingin menjadi orang2 yg pernah bermaksiat terhadap-Mu ya Allah..
Janganlah biarkan insan sepertiku hanyut dalam dunia yg sementara ini..
Ya Allah....Ya Allah....
Jadikan aku Insan yg baru....
Berikanlah aku Hidayah-Mu ya Rabb....
Kekalkanlah aku dalam landasan yg benar.....
Jauhilah aku dr pujuk rayu Syaitan Laknatullah.....
Jadikanlah aku antara orang2 yg dekat pada-Mu............
Allahumma amienn........
nice blog,
ReplyDeletesalam kenal, semoga sukses selalu..aminn